BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 14 March 2011

Aplikasi Teknologi Dalam Pendidikan di Malaysia

Pelbagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan. Antaranya ialah :

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan". 
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran".
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)


Secara umumnya, teknologi pendidikan adalah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Banyak kepentingan yang boleh diperolehi melalui pendidikan berasaskan teknologi. Antaranya adalah melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Selain itu juga, ia dapat menarik minat pelajar seterusnya menghilangkan rasa bosan pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Jika para pelajar didedahkan dengan pelbagai video yang berkaitan, ia akan berminat untuk memahami pelajaran yang sedang dipelajari. Di samping itu, aplikasi teknologi dapat melibatkan pelbagai deria pelajar. Sebagai contoh, penggunaan visual yang diikuti audio akan melibatkan deria penglihatan, pendengaran dan mungkin juga deria sentuhan. Penglibatan deria ini akan meningkatkan ingatan pelajar.


Antara ciri-ciri teknologi pendidikan yang baik yang adalah alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran.  Sesuatu alat itu perlu jelas kegunaanya agar pelajar dapat memahami pelajaran yang disampaikan. Alat yang digunakan juga perlulah alat yang tahan lama dan boleh disimpan. Jika alat itu tidak tahan lama, ia akan menyebabkan kerugian. 


Kesimpulannya, penggunaan teknologi amat penting dalam sistem pendidikan. Semua pihak harus tahu menggunakan teknologi yang ada supaya tidak digelar sebagai buta IT. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar seterusnya meningkatkan kualiti sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Tetapi penggunaan teknologi harus digunakan dengan cara yang betul agar dapat memberi manfaat.

14 comments:

S u E z A n A h A n N a said...

ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

NORSUHAIDA BINTI RASHID
A128064
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
SEMESTER 2, SESI 2010/2011

clonz said...

memang tidak dinafikan bahawa teknologi kini semakin berkembang pesat dan globalisasi yang menyebabkan perubahan ini berlaku.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia . Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini

akan tetapi, teknologi yang dicipta atau yang dihasilkan disalah gunakan oleh segelintir manusia yang hanya mengaut keuntungan atau mementingkan diri mereka sendiri.
sebagai contoh, pencetakkan movie secara tidak sah(cetak rompak) teknologi yang digunakan memang canggih tapi, ianya disalah gunakan untuk kepentingan peribadi ..


selain itu juga, dengan perkembangan pesat teknologi kini, adanya era video online, laman sosial(Facebook, Twitter dll) menyebabkan berlakunya gejala sosial yang semakin menjadi-jadi. sebagai contoh, dari segi video online, di mana banyak tersebar video-video lucah yang berada di blog-blog tertentu, ini menunjukkan teknologi disalahgunakan.

Laman sosial pula, menyebabkan remaja kini leka untuk menghabiskan masa di laman sosial tersebut sekaligus menyebabkan pelajaran terabai ..


kesimpulannya, memang teknologi itu tidak salah jika ianya berkembang akan tetapi ,cara manusia itu menggunakannya secara betul ataupun salah yang akan menentukan teknologi itu baik atau banyak keburukkkannya ..

OMAR SHAHERAN BIN ZAINUDIN
A128243
PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
TAHUN 2, SEMESTER 2 ..2010/2011

Fatin said...

Teknologi internet adalah merupakan gabungan antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini berkembang dengan pesat dan memberikan kesan yang amat besar dalam sistem pendidikan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Kemudahan yang disediakan khususnya laman web, mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.
Teknologi multimedia menerusi laman web dan penciptaan blog sendiri adalah yang paling hangat serta mendapat perhatian ramai. Kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga semakin maju dan berubah setelah adanya medium teknologi multimedia ini di sekolah. Di setiap sekolah mempunyai makmal komputer sendiri yang membolehkan pelajar menggunakan bahan yang disediakan seperti komputer, LCD dan sebagainya dalam prose pembelajaran dan memudahkan pelajar mengakses internet. Sehubungan dengan itu, penggunaan media juga dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh media ialah CD-ROM, cakera padat, VCD, mikrofon, komputer, papan putih, nota dan sebagainya.

Kajian mendapati bahawa media pengajaran ini berfaedah kerana dapat meningkatkan kefahaman serta kemahiran pelajar setelah input diperolehi. Pelajar akan cepat memahami akan maklmumat yang ingin disampaikan oleh guru melalui medium media pengajaran. Bentuk dan kaedah yang digunakan adalah menarik serta mudah difahami telah memudahkan guru menyampaikan maklumat dan pelajar akan mudah menerima serta memahami maklumat yang ingin disampaikan.

Pembelajaran melalui teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihannaya. Antara seperti :

• pelajar boleh mencapai capaian bahan maklumat walau di mana jua mereka berada
• bahan sumber maklumat boleh diperolehi daripada sumber tambahan di seluruh dunia
• pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan cepat
• pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik
Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan dan proses pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar dapat memperohi pengetahuan dan kemahiran. Sehubungan dengan itu, pelajar akan memperolehi pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi.

Terdapat pelbagai faktor perlunya teknologi multimedia diwujudkan bersama-sama internet. Antaranya ialah :

a) meningkatkan minat para pelajar dalam mencari bahan serta maklumat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya ketika proses P&P berlangsung.

b) mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi yang digunakan dengan mudah dapat menjimatkan masa. pelajar dapat menggunakan medium ini untuk mempersembahkan proses ujikaji yang dapat digunakan dalam pendidikan.

c) meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan. Penggunaan media yang menarik membolehkan seseorang pelajar memahami sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan seterusnya dapat menyimpan informasi yang diterima dalam ingatan jangka panjang. Persembahan melalui video grafik, animasi, power point dapat meningkatkan daya ingatan seseorang terutama pelajar.

Oleh itu, medium multimedia ini adalah terbaik dalam proses pendidikan untuk menyampaikan maklumat. Guru perlu lebih arif dalam penggunaan bahan-bahan yang disediakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar serta minat mereka tentang teknologi maklumat

FATIN FARHANA BT ZAKARIA A127817
FSSK/2
ISNIN 8-10 MALAM,MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN

yayafaf said...

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mengajar dengan lebih baik dan membantu memahami sesuatu medium pengajaran.

Selain itu, jika komputer digunakan secara menyeluruh ianya mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan.
Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

NUR RADIA BINTI HARUN
A128048
FSSK/ 2
PEMBANGUNAN MANUSIA

Ny said...

Salam Amira,

Teknologi sememangnya amat penting dalam pendidikan. Segala urusan yang dulunya sukar kini menjadi semakin mudah dengan adanya teknologi. Namun setiap kebaikan itu kalau diteliti dalam-dalam terselit keburukan di sebaliknya.

Saya bagi contoh, penggunaan SPIN dalam kehidupan pelajar UKM. SPIN ni banyak kebaikannya. Semua nota akan di muat turun di laman itu, jadi pelajar tidak perlu susah-susah salin nota waktu kuliah. Pelajar boleh bagi full concentration dalam kelas. Tetapi, pelajar yang malas akan mengambil kesempatan dengan kelebihan SPIN untuk tidak menghadirkan diri ke kelas kerana dirasakan semua ilmu sudah ada di SPIN. Pergi kelas atau tidak sama sahaja ilmu nya.

Pemikiran seperti inilah yang akan meranapkan sistem pendidikan dewasa ini. Pelajar perlu selalu diingatkan bahawa teknologi hanya memudahkan kita, bukan sebagai sumber rujukan utama dunia pendidikan.

Belajar ni perlu berguru. Teknologi hanyalah alat yang memudahkan kita

MASTURA BINTI NASRUN SANI
A127641
FSSK/2
Semester 2, Sesi 2010/2011

ADEEQMANEYS said...

salam Cik Amira...

penggunaan komputer atau internet boleh membantu meningkatkan produktiviti dalam pembelajaran contohnya pembelajaran akan menjadi ebih menarik dengan paparan audio dan visual. Pelajar akan lebih faham isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. bagi guru pula kaedah ini memerlukan pengetahuan dan skill guru yang tinggi dalam penggunaan aplikasi komputer.

penggunaan komputer juga dapat membantu pelajar mempelajari dan mengenal fungsi bahagian-baahagian komputer selain boleh memuat turun nota yang diberikan oleh guru.Dengan penggunaan komputer juga pelajar boleh menyiapkan tugasan dengan lebih mudah.

Namun tidak semua pelajar yang memiliki komputer di rumah mereka lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di luar bandar. masalah kewujudan capaian internet dan kos pembelian komputer dikenalpasti kerana tidak semua keluarga di luar bandar mampu untuk membeli sebuah komputer di rumah mereka.

Jadi penggunaan komputer hanya aktif di sekolah sahaja.sebaiknya guru serta pihak sekolah perlu mengalakkan pelajar dan proses P&P menggunakan kemudahan internet dan teknologi komputer.

sekian..

NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
A129848
PEMBANGUNAN MANUSIA,FSSK
TEHUN2 SESI 2010/2011
TUTORIAL 8-10 PM
MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN

dyered_hidayah said...
This comment has been removed by the author.
HidayaH said...

Proses pembelajaran/pendidikan memerlukan metod yang pelbagai dalam cara penyampaian. Oleh itu, aplikasi teknologi dalam pendidikan adalah pelaksanaan yang baik seiring perkembangan ilmu globalisasi kini.

Penggunaan gambaran visual, muzik, aplikasi internet dan sebagainya adalah contoh pendidikan yang boleh disampaikan. Manusia secara umumnya amat tertarik kepada hal yang cantik, menarik dan memberi kemudahan. Ia diharap berkesan dalam memberi fokus sebagai rangsangan.

Guru-guru boleh menjadikan teknologi sebagai alat bantuan pengajaran. Di samping memberi penerangan, ia akan memberi gambaran jelas dengan contoh-contoh yang diberikan. Pengajaran juga tidaklah bosan.

Apa yang penting, guru dan teknologi perlulah seimbang dan seiring. Tanpa guru yang bertanggungjawab, teknologi juga berkecenderungan membawa efek negatif dalam minda pelajar.

Oleh itu, berkesan atau tidak sesuatu proses pembelajaran itu adalah bergantung kepada penerapan nilai teknologi oleh guru.

NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
A130252
FSSK
TAHUN 2/ SEM 3 (SESI 2010/2011)
Tutorial:8-10pm

green kiwi said...

Assalamualaikum,
-Pelajar sepatutnya menguasai teknologi dalam pendidikan mereka. Hal ini demikian kerana tanpa pengetahuan dan kemahiran teknologi, mereka sukar mencari pekerjaan di era globalisasi kini. Jika kita lihat dari sudut bidang kerjaya, majikan sekarang memandang kepada kemahiran manggunakan kecanggihan teknologi komputer dan lain-lain dalam syarat mengambil bekerja di syarikat mereka kerana penggunaan teknologi berperanan penting dalam syarikat.
-Pelajar yang menguasai teknologi akan mendapat banyak maklumat melalui sumber-sumber internet selain daripada maklumat daripada pengajaran guru di sekolah. Pelajar-pelajar ini lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding dengan pelajar yang hanya memperolehi maklumat daripada guru sahaja. Malahan, segala maklumat yang mereka perlukan mudah diperolehi melalui sumber internet.

-Dapat melahirkan lapisan masyarakat yang kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka. Kemahiran dalam bidang teknologi mampu melahirkan masyarakat yang berkaliber kerana mereka yang menguasai teknologi akan mendapat lebih banyak info-info yang berguna. Contohnya melalui blog, mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berguna dengan rakan-rakan di laman sosial.

CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
A130775
PEMBANGUNAN MANUSIA(FSSK)
TAHUN 2 SEM 2 (SESI 2010/2011)

Hamba keinsafan said...

salam amira..
oleh itu,penggunaan teknologi amat penting dalam sistem pendidikan. Semua pihak harus tahu menggunakan teknologi yang ada supaya tidak digelar sebagai buta IT. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar seterusnya meningkatkan kualiti sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Tetapi penggunaan teknologi harus digunakan dengan cara yang betul agar dapat memberi manfaat.
SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
A127887
FSSK/2

namr said...

Teknologi sebenarnya kalau digunakan dengan betul mempunyai banyak manfaat. Ia memudahkan banyak kerja dan IT adalah satu bidang yang berkembang dengan cepat. Dulu komputer meja, selepas itu komputer riba, tablet PC dan sekarang iPad pula. Ia sentiasa bertambah baik dan semua orang perlu melengkapkan diri masing-masing supaya tidak ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi ini.

NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

sakinah mawaddah said...
This comment has been removed by the author.
sakinah mawaddah said...

Assalamualaikum Amira,

Seperti yang kita sedia maklum penggunaan teknologi dalam pendidikan ini secara tidak langsung memudahkan proses P & P. selain dapat menarik minat para pelajar untuk terus belajar juga memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran. sistem pendidikan berasaskan teknologi ini seharusnya diperluaskan supaya seiring dengan negara-negara yang maju disamping dapat melahirkan masyarakat yang celik IT juga dapat melahirkan pelajar minda kelas pertama.

SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
PSIKOLOGI,FSSK
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3

~Ana~ said...

Assalamualaikum,
Teknologi merupakan pengetahuan dan peralatan yang dihasilkan oleh seseorang atau sesebuah masyarakat bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau cuba mempertingkatkan hasil dan memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan politik individu atau masyarakat. Oleh itu secara umumnya, teknologi merangkumi dua komponen. Pertama, komponen konkrit yang meliputi peralatan dan perkakasan seperti mesin dan sebagainya. Komponen kedua berbentuk abstrak seperti tatacara, kaedah, teori, pendekatan dan teknik. Komponen abstrak lebih bersifat dalaman yang ada pada seseorang atau kumpulan tertentu secara langsung ada kaitan dengan pengetahuan, pengalaman dan juga ada hubungan dengan budaya sesebuah masyarakat. Berdasarkan pernyataan berikut, teknologi bukan sahaja alat tetapi proses yang melibatkan akal manusia sebagai inputnya. Akal ini bertindak menyatukan segala ilmu pengetahuan secara sistematik dan terancang bagi menghasilkan alat dan bukan alat. Peralatan yang dimaksudkan seperti komputer, radio, TV, kaedah dan teknik. Penyatuan antara alat dan bukan alat digunakan oleh manusia untuk menyelesaikan beberapa masalah yang boleh memberi kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan.

NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
A125102
TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
Isu: Laman Sosial dan Pendidikan