BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 13 March 2011

Gambar Teknologi Canggih

Blacktrail - Basikal Terpantas Di Dunia

  • Gambar di atas merupakan basikal terpantas di dunia iaitu Blacktrail yang menggunakan kuasa elektrik.
  • Basikal elektrik ini telah diperkenalkan oleh pengeluar basikal dari Jerman PG bikes. 
  • Beratnya hanya 19.8 kg dan kelajuannya dapat mencapai sehingga 100km/j. 
  • Basikal ini diperbuat daripada bahan seperti carbon, magnesium,titanium dengan roda karbon fiber. 
  • Ia menggunakan bateri CM 48V lithium-ion yang boleh dicas semula dan dapat digunakan sehingga 200 km.

Basikal Yang Boleh Dijadikan Troli

  • Inilah konsep basikal boleh lipat yang boleh dijadikan troli ketika membeli belah. 
  •  Ia merupakan sebuah konsep yang diperkenalkan oleh Ville.
  • Ia berkonsepkan sebuah basikal yang mesra pengguna dimana basikal ini mempunyai 2 bakul untuk membawa barang. 
  •   Apabila basikal ini dilipat, ia kelihatan seperti sebuah troli beroda 3 dengan 2 bakul.
  • Oleh itu, pengguna boleh membawa masuk 'troli' ini ke pasaraya untuk berbelanja dan tidak perlu risau basikal tersebut akan dicuri. 





Kacamata Goggle

  • Kacamata goggle ini memiliki kamera 1080hp HD yang terletak di antara kedua-dua mata atau di tengah-tengah. 
  •  Kacamata goggle ini mampu merakam segala aktiviti ketika bermain ski dari sudut pandangan mata anda sendiri.
  •   Hasil video akan dirakam pada kad memori berkapasiti 32GB.
  • Kacamata goggle ini juga merupakan kalis air jadi ia mampu merakam segala kegiatan anda di bawah laut.


1)      Sook – Alat pengesan bahan makanan
  •  Sook direka cipta untuk membantu manusia memasak. 
  • Dengan keistimewaan alat pengesannya, ia boleh mengesan bahan-bahan dan kuantiti dalam sesuatu jenis makanan.
  • Dengan sistemnya yang canggih serta mempunyai kemudahan WiFi, alat ini mampu berhubung terus dengan internet untuk mencari resipi-resipi tertentu. Setelah selesai, ia menampilkan resipi-resipi tersebut kepada pemasaknya, sekaligus membolehkan seseorang itu memasak apa jua hidangan yang diingini. 
  • Selain itu, alat ini turut menonjolkan keistimewaan dalam meningkatkan kualiti dan rasa setiap hidangan. 
  •  Ia juga mampu menyarankan jenis hidangan lain yang sesuai dinikmati bersama-sama dengan makanan tersebut. 
  • Tambahan pula, Sook sentiasa dihubungkan ke rangkaian jaringan sosial yang membolehkan seseorang itu berkongsi resipi dengan rakan-rakannya.

Lomography Spinner Camera
  • Lomography's Spinner Kamera adalah salah satu cara terbaik untuk mengambil gambar panorama  360°, berbeza dengan kamera biasa yang hanya mampu mengambil gambar panorama sehingga 120 ° sahaja.
  • Untuk mengambil gambar, kita hanya perlu memegang Spinner Camera dengan satu tangan dan menarik kabel dengan sebelah tangan lain. Kemudian lihat kamera tersebut berputar  360° dalam masa kurang dari satu saat.

Kamera Digital Dilengkapi Projektor
  • Kamera ini adalah kamera pertama di dunia yang dilengkapi dengan projektor. 
  • Dengan satu butang sahaja, kamera ini boleh menyiarkan gambar dan klip video di permukaan yang rata sehingga saiz 40 inci.  
  • Gambar boleh dipaparkan satu persatu ataupun kesemuanya siap dilengkapi dengan muzik dan kesan-kesan khas.  
  • Selain itu juga, kamera ini juga mempunyai tripod dan alat kawalan sendiri.  
  • Kamera ini juga dilengkapi dengan pengesan senyuman automatik. Apabila is mengesan senyuman, automatiknya ia akan menangkap gambar tanpa perlu menekan apa-apa butang. 



Supple

 

  • Supple adalah sejenis kenderaan elektrik yang mempunyai tempat duduk tunggal dan motor-driven yang berbentuk sfera.
  • Rekabentuk yang unik ini membolehkan kenderaan ini mudah berpusing ke semua arah.
  •   Dalam bentuk sfera itu terdapat tow server dan processor.
  • Kenderaan ini juga terdapat skrin sesentuh yang dilengkapi dengan GPS di mana apabila kita hendak pergi ke sesuatu tempat, kita hanya perlu sentuh sahaja kawasan tersebut di skrin dan kenderaan ini secara automatik akan membawa kita ke tempat tersebut.
  • Sfera boleh berada di bawah dan di sisi.
  •  Apabila berada di sisi, ia boleh digabungkan dengan kenderaan yang lain.


Lift Up

  • Cent Atykin telah mencipta sebuah kenderaan hi-tech menanjak yang dinamakan Lift-up.  
  • Kenderaan ini sesuai digunakan oleh orang lanjut usia dan orang kurang upaya untuk menaiki sesuatu tangga yang tinggi.
  • Pengangkutan ini dilengkapi dengan butang keselamatan, tempat simpanan.  
  • Kenderaan ini boleh ditetapkan kelajuannya iaitu bermula pada kelajuan 5km/s sehingga 10km/s dan akan berhenti dengan sendiri apabila sampai ke tempat yang dituju. 


Bubble Tree

  •  Sebuah produk khemah pasang siap yang diperbuat daripada bahan-bahan fabric kalis air dan tidak perlu disambungkan kepada sebarang rangka tiang sokongan.
  • Sesuai digunakan di mana-mana lokasi tapak perkhemahan. 
  • Ia didatangkan dengan set sofa, katil lampu elektrik dan kusyen mini.
  •  Khemah ini hanya perlu dipam dengan pengepam udara elektrik yang dibekalkan. 
  • Pengepam udara itu didatangi dengan penuras udara yang menyebarkan udara segar.

Berus Gigi Dengan Tenaga Solar dan Semikonduktor - Soladey J3X
  • Soladey J3X merupakan berus gigi yang menggunakan tenaga solar dan semikonduktor untuk memberus gigi tanpa perlu menggunakan ubat gigi. 
  • Berus gigi dari Jepun ini mempunyai panel solar pada bahagian hujungnya. 
  • Tenaga yang dihasilkan oleh panel solar ini hampir sama dengan tenaga solar yang dihasilkan oleh kalkulator yang menggunakan tenaga solar biasa. 
  • Elektron dari panel solar ini akan bergerak ke hujung berus gigi.
  • Gabungan antara elektron yang dihasilkan oleh panel solar dan elektron yang dihasilkan oleh semikonduktor akan bertindak balas dengan bahan kimia semulajadi yang terdapat di dalam mulut seterusnya akan membunuh bakteria dan membuang plak. 








0 comments: