BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, 14 March 2011

Aplikasi Teknologi Dalam Pendidikan di Malaysia

Pelbagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan. Antaranya ialah :

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan". 
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran".
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)


Secara umumnya, teknologi pendidikan adalah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Banyak kepentingan yang boleh diperolehi melalui pendidikan berasaskan teknologi. Antaranya adalah melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Selain itu juga, ia dapat menarik minat pelajar seterusnya menghilangkan rasa bosan pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Jika para pelajar didedahkan dengan pelbagai video yang berkaitan, ia akan berminat untuk memahami pelajaran yang sedang dipelajari. Di samping itu, aplikasi teknologi dapat melibatkan pelbagai deria pelajar. Sebagai contoh, penggunaan visual yang diikuti audio akan melibatkan deria penglihatan, pendengaran dan mungkin juga deria sentuhan. Penglibatan deria ini akan meningkatkan ingatan pelajar.


Antara ciri-ciri teknologi pendidikan yang baik yang adalah alat yang dapat menjelaskan idea-idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran.  Sesuatu alat itu perlu jelas kegunaanya agar pelajar dapat memahami pelajaran yang disampaikan. Alat yang digunakan juga perlulah alat yang tahan lama dan boleh disimpan. Jika alat itu tidak tahan lama, ia akan menyebabkan kerugian. 


Kesimpulannya, penggunaan teknologi amat penting dalam sistem pendidikan. Semua pihak harus tahu menggunakan teknologi yang ada supaya tidak digelar sebagai buta IT. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar seterusnya meningkatkan kualiti sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Tetapi penggunaan teknologi harus digunakan dengan cara yang betul agar dapat memberi manfaat.